DONETSK - UKRAINE. Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling menuding jari selepas gencatan senjata dicabuli beberapa jam selepas ia dipersetujui.Pemimpin Republik Rakyat Donetsk, Vladimir Makovich mendakwa tentera kerajaan telah melancarkan peluru berpandu dan beberapa aset ketenteraan juga dilihat bergerak dari kawasan barat daya Zaporizhia.


Sementara itu, jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Nasional, Andriy Lysenko pula menuduh kumpulan pemisah membedil lebih 20 roket selepas gencatan senjata itu dikuatkuasakan.Terdahulu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan kumpulan pemisah pro-Rusia bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian pelan damai di Minsk, Belarus.Langkah itu diambil beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan pelan damai bagi menamatkan krisis di timur Ukraine.   Dalam satu kenyataan lain, Rusia mengancam akan bertindak balas jika Kesatuan Eropah (EU) berkeras mahu mengenakan sekatan ekonomi baharu ke atas mereka.Difahamkan, amaran itu dibuat selepas EU bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap ekonomi Rusia yang didakwa bakal berkuatkuasa bermula esok dalam laporan AFP.