Penduduk membersihkan kawasan runtuhan selepas serangan di Lugansk. - Foto: AFP
Penduduk membersihkan kawasan runtuhan selepas serangan di Lugansk. - Foto: AFP
KIEV - Sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh manakala 16 yang lain parah selepas terkena bedilan mortar di sebuah hospital di Lugansk, timur Ukraine, semalam.

Menurut  AFP, Komander kerajaan Sergey Melnichuk berkata, bedilan itu turut mengenai beberapa kediaman di bandar Schastie.

"Tiga mangsa kritikal. Ratusan pesakit terpaksa dipindahkan selepas bekalan elektrik dan air terputus," katanya.

Serangan itu berlaku selepas rundingan antara tentera kerajaan dan pemberontak menemui jalan buntu.

Jurucakap Majlis Pertahanan Keselamatan Negara Andrei Lysenko berkata, Lapangan Terbang Donetsk juga musnah terkena bedilan mortar selepas tentera pro-pemberontak melakukan serangan 24 jam kelmarin.

Difahamkan, sejak konflik tercetus, di anggarkan lebih 3,000 penduduk terbunuh dengan lebih 8,000 yang lain dilaporkan cedera.