Tuesday, October 7, 2014

Kapal perang Korea Utara, Selatan berbalas tembakan amaran



GAMBAR fail, tentera Laut Korea Selatan melakukan latihan ketenteraan berhampiran Taean, Korea Selatan pada bulan Mei, 2010. Bot peninjau dari Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan amaran berhampiran Korea Selatan di pulau sempadan Yeonpyeong hari ini, kata laporan media. - Foto EPA
SEOUL: Kapal perang Korea Selatan dan Korea Utara dilaporkan berbalas tembakan amaran apabila kapal jirannya itu dikatakan memasuki perairan sempadan selatan yang dipertikaikan, demikian menurut pegawai Seoul hari ini.
Pegawai berkenaan berkata, tembakan kedengaran di perairan berkenaan namun tiada laporan mengenai kecederaan dan kerosakan membabitkan aset kedua-dua pihak.
Insiden berbalas tembakan bukan lagi asing di sempadan perairan di antara pihak keselamatan maritim kedua-dua negara termasuk membabitkan kematian.
Namun, kejadian terbaharu hari ini berlaku tiga hari selepas satu kumpulan berprofil tinggi Korea Utara melakukan lawatan mengejut ke Korea Selatan dan bersetuju untuk mengkaji semula rundingan membabitkan peringkat pegawai tertinggi.
Pegawai berkata, kapal Korea Utara memasuki perairan selatan yang dikawal Korea Selatan kira-kira 10 minit sebelum belayar keluar. - AP

No comments:

Post a Comment