Peserta pro demokrasi Hong Kong mula memakai topi keledar selepas lebih 20 orang cedera ketika bertempur dengan polis, Ahad lalu.
Peserta pro demokrasi Hong Kong mula memakai topi keledar selepas lebih 20 orang cedera ketika bertempur dengan polis, Ahad lalu.
HONG KONG - Penunjuk perasaan pro demokrasi mula memakai topi keledar apabila demonstrasi di Hong Kong bertambah ganas.

Ahad lalu, lebih 20 orang cedera bertempur dengan polis. Sesetengah penunjuk perasaan terpaksa diusung selepas kepala mereka cedera dan berdarah.

"Sebelum ini, kami hanya  membawa botol air dan payung ketika menyertai bantahan. Tapi sekarang,  kami terpaksa bawa dan pakai topi keledar selepas polis mula bertindak ganas," kata peserta bantahan, Anson Lau kepada AFP.

Sementara itu, pegawai kanan kerajaan menemui pemimpin pelajar buat pertama kali semalam dalam usaha mengatasi bantahan pro demokrasi selama tiga minggu yang menjejaskan sebahagian daripada pusat kewangan terbesar Asia itu.

Harapan untuk mencapai penyelesaian dijangka agak tipis.

Penunjuk perasaan menggesa agar diadakan pilihan raya bebas apabila Hong Kong memilih pemimpinnya pada 2017 namun China berkeras untuk menyaring calonnya terlebih dulu.