Friday, October 31, 2014

Shafee kemuka hujah hari ini



HANYA beberapa orang penyokong Anwar masih datang memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu di Istana Kehakiman di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semalam meminta penghujahannya di Mahkamah Persekutuan di sini dilakukan bermula hari ini yang dijangka mengambil masa sehingga se­belah petang.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria kemudian me­netapkan hujahan balas pasukan pembelaan akan bermula pada Isnin minggu depan.
Semalam, Mahkamah Persekutuan turut diberitahu tiada kesan luka pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Ram Karpal Singh dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Arifin mendakwa, ekoran tiada kesan luka ditemui pada dubur Mohd. Saiful, terdapat keraguan berlaku penembusan pada dubur pengadu.
Menurut Ram, nota perubatan Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengesahkan tiada kecederaan pada anus pengadu ketika pemeriksaan dilakukan selepas dua hari kejadian itu didakwa berlaku.
Beliau memberitahu bahawa dapatan itu konsisten dengan dapatan laporan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat Mohd. Saiful dirujuk selepas pengadu memberitahu Dr. Mohamed Osman bahawa dia diliwat.
Peguam itu merujuk kepada laporan yang disediakan bersama oleh Dr. Mohd. Razali Ibrahim, Dr. Siew Sheue Feng dan Dr. Khairul Nizam Hassan pada 13 Julai 2008.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3HgEXCPVb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment