Sunday, November 16, 2014

Hantar gigi, tulang ke Austria

Mexico City: Pihak berkuasa Mexico menghantar serpihan gigi dan tulang yang terbakar teruk ke Austria untuk analisis DNA dalam usaha mengenal pasti mayat yang disyaki milik 43 guru pelatih yang hilang.
Serpihan gigi dan tulang itu ditemui di Guerrero dan ia hampir menjadi abu apabila disentuh serta perlu menggunakan teknologi paling canggih untuk mengenal pasti pemiliknya.
Teknologi berkenaan tidak terdapat di Mexico.
Langkah itu diambil selepas pendakwa raya Jesus Murillo menyifatkan cara penghapusan mayat dilakukan kumpulan itu sebagai teramat kejam hinggakan ia sukar dikenal pasti.
Murillo yang mengetuai siasatan terhadap kehilangan pelajar itu berkata: “Pasukan forensik mengesyorkan kajian dilakukan di makmal paling canggih di dunia.
“Serpihan gigi ditemui dalam keadaan teruk hingga boleh menjadi abu apabila menyentuhnya.”
Beberapa anggota kumpulan itu yang ditangkap dilapor memberi keterangan secara terperinci mengenai cara mereka membunuh dan menghapuskan mayat mangsa.
Satu laporan menyebut guru pelatih berkenaan dilonggokkan di belakang trak dan dibawa ke tempat pembuangan sampah di Cocula, barat daya Mexico.
Mereka yang masih hidup itu diikat dan dicampakkan ke dalam lubang berisi tayar dan kayu. Mereka disoal siasat, dibunuh, disimbah dengan petrol sebelum dibakar.
Sebaik kebakaran selama 14 jam itu, pembunuh menyelongkar sisa mayat itu, menghancurkan tulang dan mencampakkannya ke dalam sungai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 6:05 AM


PENUNJUK perasaan memakai topeng wajah 43 pelatih guru yang hilang ketika mengadakan demonstrasi di Xalapa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9431#sthash.NNMcrnC9.dpuf

No comments:

Post a Comment