Wednesday, November 26, 2014

Suka cium kaki ibu

AFP
Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam dituduh menindas wanita apabila berkata, mereka tidak boleh disamakan dengan lelaki.
Beberapa akhbar Barat dan kumpulan feminis menyifatkan kenyataan itu sebagai kontroversi terbaru yang dicetuskan oleh pemimpin Turki berkenaan.
Bercakap pada satu persidangan mengenai wanita dan keadilan, Recep berkata Tuhan mencipta lelaki dan wanita berlainan sifat dan kumpulan feminis tidak akan memahami status istimewa golongan ibu dalam Islam.
“Anda tidak boleh meletakkan wanita dan lelaki pada taraf yang sama. Ia bertentangan dengan azali. Mereka dicipta dengan sifat berbeza. Dan Islam meletakkan wanita di tempat paling istimewa dalam masyarakat iaitu keibuan,” katanya kepada peserta persidangan yang terdiri daripada wanita, termasuk anaknya, Summeye.
“Ada yang memahami keadaan ini dan ada yang tidak. Anda tidak akan dapat menerangkannya kepada feminis kerana mereka tidak akan menerima konsep keibuan,” katanya.
Beliau juga mengakui sering mencium kaki ibunya.
“Saya sering berbuat demikian kerana ia berbau syurga. Dia akan tersipu-sipu, kadang kala menangis. Islam mengajar kita berapa tinggi darjat wanita dalam Islam. Ia mengajar kita syurga itu di bawah tapak kaki ibu,” kata Recep.
Presiden Turki itu berkata: “Anda tidak boleh menempatkan seorang ibu yang menyusu bayinya setaraf dengan lelaki. Anda tidak boleh menyuruh wanita melakukan kerja yang sama dilakukan lelaki seperti pada zaman komunis. Anda tidak boleh menyuruh merek keluar dan mengusahakan tanah pertanian.”
Beliau merujuk kepada amalan ketika dan selepas Perang Dunia Kedua di negara Komunis seperti Soviet Union yang mengerah wanita melakukan kerja berat.
Recep sebelum ini mencetuskan kemarahan kumpulan feminis apabila berkata, setiap wanita Turki perlu mempunyai tiga anak dan mencadangkan supaya hak menggugurkan kandungan dihadkan serta kawalan terhadap pil pencegah hamil.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11788#sthash.pAiBpOjU.dpuf

No comments:

Post a Comment