Monday, December 15, 2014

Abe dijangka menang selesa


REUTERS - PEGAWAI-PEGAWAI pilihan raya mengasingkan kertas undi di sebuah pusat pengiraan undi di ibu kota Jepun, Tokyo semalam.


TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (gambar kecil) semalam dijangka menang selesa dalam pilihan raya umum mengejut yang disifatkan sebagai referendum rakyat berhubung dasar ekonominya selepas kejayaan awal beliau diselubungi kemelesetan.
Beberapa tinjauan media sejurus selepas waktu me­ngundi tamat mendapati Parti Liberal Demokratik (LDP) dan regunya, Komeito menang besar di Dewan Rendah Parlimen sekali gus membo­lehkan kerajaan mengetepikan keputusan Dewan Tinggi.
Stesen televisyen Jepun, Asahi TV melaporkan, kedua-dua parti itu memang 333 daripada 475 kerusi yang dipertandingkan manakala media TBS pula menyatakan LDP dan Komeito diramalkan menyapu 328 kerusi.
Akhbar tempatan utama, Nikkei pula menyatakan LDP sahaja dijangka menyapu antara 290 hingga 310 kerusi sekali gus menepati sasaran untuk memperoleh dua pertiga atau 317 kerusi dewan rendah bersama parti Komeito.
“Bilangan pengundi adalah paling rendah tetapi kita masih boleh menyatakan bahawa Abe memperoleh kemenangan besar,” kata seorang pakar politik tempatan, Masaru Kohno.
“Punca bilangan pengundi rendah antaranya disebabkan oleh rakyat tiada pilihan lain yang lebih baik kecuali menyokong Abe,” tambahnya.
Menjelang pukul 6 petang semalam, hanya 34.98 peratus daripada pemilih berdaftar keluar untuk membuang undi.
Abe, 60, baru separuh penggal pemerintahan empat tahunnya apabila beliau meminta mengadakan pilihan raya itu pada bulan lepas.
Sebelum ini, inisiatif pertama daripada tiga strategi Abe bagi memu­lihkan ekonomi Jepun berjaya mencapai sasaran tetapi kenaikan cukai jualan pada April lalu menyebabkan perbelanjaan pengguna merosot sekali gus mengakibatkan negara itu mencatat pertumbuhan ekonomi negatif untuk dua suku kewangan berturut-turut yang membawa kepada kegawatan ekonomi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3LxGdUTrn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment