Pope Francis
Portal berita Daily Mail melaporkan, beliau meminta pemimpin Islam untuk mengeluarkan kenyataan mengecam keganasan bagi membantu melenyapkan tanggapan stereotaip tersebut.
Francis berkata, beliau faham mengapa penganut Islam merasa tersinggung dengan kebanyakan pihak di Barat yang secara automatik menyamakan agama suci itu dengan keganasan.
Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam perjalanan pulang ke Vatican City selepas mengadakan lawatan ke Turki.
Pemimpin agama yang berasal dari Argentina itu cuba membentuk kerjasama dengan penganut Islam berhaluan sederhana bagi mencapai keamanan dan melindungi penganut Kristian di Asia Barat.
Francis yang mempimpin 1.2 bilion penganut Roman Katolik itu menegaskan, mereka yang berang terhadap keganasan tidak patut mengaitkannya dengan Islam.
“Anda tidak boleh menyatakan demikian. Semua agama mempunyai kumpulan kecil seumpama ini (pelampau).
“Mereka (Penganut Islam) percaya al-Quran adalah kitab suci yang membawa keamanan,’’ katanya.