Kebanyakan penduduk Islam yang melarikan diri ke wilayah barat terpaksa hidup dalam keadaan serba daif.
Kebanyakan penduduk Islam yang melarikan diri ke wilayah barat terpaksa hidup dalam keadaan serba daif.
BANGUI - AFRIKA. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa pasukan pengaman PBB bersekongkol dengan kerajaan sementara Republik Afrika Tengah untuk menghalang ribuan penduduk Islam daripada meninggalkan negara bergolak itu.

Menurut laporan HRW itu, kira-kira 1,750 penduduk etnik Peuhl terperangkap di Yaloke, Carnot dan Boda sejak akhir tahun lalu selepas mereka melarikan diri daripada keganasan dicetuskan kumpulan militia Kristian.

"Penduduk Islam tersebut juga terpaksa hidup menderita kerana kebanyakan mereka kini diancam kebuluran dan wabak penyakit," kata penyelidik Afrika, Lewis Mudge.

Menurutnya lagi, beberapa bukti menunjukkan anggota pengaman menggunakan kekerasan untuk menghalang mana-mana penduduk Islam yang cuba untuk meninggalkan wilayah barat negara tersebut.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 20 dilaporkan terbunuh dalam insiden keganasan terbaharu selepas kumpulan anti-Balaka melancarkan serangan ke atas penduduk Islam di Bambri. - Press TV