Grabar-Kitarovic, bekas Menteri Luar Croatia dan bekas pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berusia 46 tahun itu, memenangi 50.4 peratus undi, berbanding pencabarnya, Ivo Josipovic yang hanya meraih 49.6 peratus undi.
Beliau juga merupakan pe­mimpin wanita pertama di negara Balkan selepas Parlimen Albania memilih Jatifete Jahjaga untuk menyandang jawatan Presiden pada tahun 2011.
Walaupun bidang kuasa yang dimiliki oleh Presiden agak terhad di Croatia, keputusan undian semalam bakal menjadi kayu ukur kepada kemampuan Parti HDZ sama ada mampu bersaing atau tidak dalam pilihan raya Parlimen yang akan berlangsung tahun ini.
Pilihan Raya Presiden dilihat sebagai peluang untuk pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pencapaian kerajaan yang gagal membawa pembaharuan ekonomi di Croatia.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Zoran Milanovic semakin tidak popular di Croatia kerana gagal membawa keluar negara tersebut daripada kemelut ekonomi selama enam tahun. – AFP