Monday, January 19, 2015

Larangan Bina Semula Rumah Di Kawasan Setinggan Gua Musang


Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 3:54 PM
Suasana perkampungan setinggan Kampung Kundur di tebing Sungai Galas, Gua Musang.

GUA MUSANG: Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang melarang mangsa banjir di kawasan setinggan sekitar bandar ini membina semula rumah yang hanyut atau rosak akibat bencana itu bulan lepas, di kawasan berkenaan.
Ketua Jajahan Gua Musang, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang membina semula rumah di kawasan berkenaan.
Pihaknya akan memantau semua kawasan setinggan terbabit termasuk Jalan Sungai China, Kampung Tiong, Kampung Baru Hilir, Kampung Baru Hulu, Jalan Kesedar Inn, Kampung Nerang, Kampung Kundur dan Kampung Kerinting, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Katanya, ini bagi menjaga keselamatan penduduk daripada terus berdepan dengan risiko kejadian banjir musim tengkujuh pada masa depan.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang berkata mangsa banjir yang kehilangan rumah itu boleh tinggal di penempatan sementara disediakan kerajaan.
Kerajaan negeri kini dalam proses menyediakan tapak bagi pembinaan rumah kekal di samping menempatkan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Persiaran Raya di bandar ini.

No comments:

Post a Comment