Monday, February 2, 2015

Bukan Gollum tapi beruang



Seekor binatang aneh berkuku panjang dan tajam ditemui pekerja di ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu Jumaat lalu.


KUCHING – Seekor makhluk pelik menyerupai watak Gollum dalam filem Lord of The Rings yang ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Bintangor, Sibu dekat sini Jumaat lalu disahkan pakar merupakan seekor beruang matahari.
Bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Anthony Sebastian berkata, beruang matahari atau nama saintifiknya Ursus Malayanus itu dipercayai baru berusia sekitar setahun, namun sedang sakit.
Katanya, beruang matahari tersebut kemungkinan sakit akibat sejenis penyakit yang dihidapinya ataupun terkena racun.
“Namun, setakat ini, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai tahap kesihatan beruang itu sehingga ia ditemui semula.
“Apa yang pasti, beruang itu masih muda iaitu berusia kira-kira setahun. Lebih menyedihkan, ia sedang sakit dan memerlukan rawatan segera,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Pengawasan Perhutanan Antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3QaOI5euz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment