Thursday, February 5, 2015

Kereta kabel diubah jadi hotel mewah


05 Februari 2015 1:13 AM


Sebuah bilik tidur turut disediakan kepada pemenang pertandingan anjuran syarikat Airbnb itu bagi merasai pengalaman tidur pada ketinggian 2,743 meter dari paras air laut. – AGENSI

PARIS 4 Feb. – Sebuah laman web sewa rumah persinggahan terkemuka di Perancis, mengubah suai kereta kabel di sini menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter dari paras laut.
Kereta kabel yang diubahsuai oleh syarikat Airbnb itu terletak berhampiran puncak Gunung Sommet de la Saulire di Banjaran Alps di Perancis, lapor portal odditycentral.com.
Rumah persinggahan menyamai sebuah pangsapuri itu mempunyai sebuah bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga empat orang pelawat.
Ubah suai itu merupakan sebahagian daripada pertandingan A Night At anjuran laman web ter­se­but yang menghadiahkan pengguna percutian 24 jam di lokasi eks­klusif tersebut.
Pememang pertandingan itu akan dibawa ke gunung tersebut dengan kenderaan salji dan selepas satu makan malam istimewa, Savoyard yang ditemani kerlipan bintang, tetamu akan menghabiskan malam mereka dengan tenang di dalam pangsapuri berkenaan.
Oleh kerana angin kencang di kawasan pergunungan itu, pangsapuri terbabit akan terhuyung-hayang sepanjang malam mengakibatkan anda sama ada menjadi resah atau tidur lena sepanjang malam.
Sepanjang menginap di dalam bilik istimewa itu, pengunjung ‘disajikan’ dengan pemandangan memukau sejurus bangun dari tidur pada waktu pagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kabel-diubah-jadi-hotel-mewah-1.56022#sthash.y9qvZiwX.dpuf

No comments:

Post a Comment