NAGASAKI - JEPUN. Sebuah hotel yang menggunakan khidmat robot akan di buka pada Julai tahun ini di Huis Ten Bosch, di sini.

Penggunaan robot itu adalah termasuk mendaftar masuk tetamu, membawa beg, membuat kopi, membersihkan bilik dan perkhidmatan lain.

Memetik laporan The Washington Post, Hotel Henn na ini akan dilengkapi oleh robot yang berupaya untuk bertindak balas kepada bahasa badan, fasih bercakap bahasa Mandarin, Jepun, Korea dan Inggeris.

Menurut Presiden Syarikat Huis Ten Bosch, Hideo Sawada, kakitangan robot akan di sokong dengan kakitangan manusia namun pada masa akan datang syarikatnya akan memastikan lebih daripada 90 peratus daripada perkhidmatan hotel dikendalikan oleh robot.

"Hotel ini juga akan menggunakan sistem pengecam muka dan bukannya kunci bilik biasa, selaras dengan perkembangan teknologi.

"Kami akan membuat hotel yang paling cekap di dunia", katanya dipetik The Japan Times.

Caj sebuah bilik adalah diantara 7,000 yen (RM213) ke 9000 yen (RM 274) semalam.

Bangunan pertama kompleks yang akan dibuka pada Julai dengan 72 bilik, diikuti oleh satu lagi bangunan 72 bilik pada tahun depan.