Tuesday, February 3, 2015

Serangan pemisah diperhebat


SEORANG lelaki melihat keretanya yang musnah akibat bedilan artileri semalam di bandar Donetsk yang dikuasai pemberontak pro-Rusia. - AFP


DONETSK – Ketua kumpulan pemisah pro-Rusia di sini semalam berjanji akan mengerah­kan 100,000 pejuang dalam serang­an terbaharu mereka terhadap tentera kerajaan.
“Terdapat kerahan besar-besaran dari Republik Rakyat Donetsk (kumpulan pemisah) dalam masa 10 hari, kami me­rancang untuk mengerahkan 100,000 pejuang,” kata ketua pemisah pro-Rusia, Alexander Zakharchenko.
Deklarasi itu dibuat selepas kumpulan pemisah berikrar untuk mara dan menguasai ke­seluruhan wilayah Donetsk dan Lugansk selepas usaha untuk mencapai satu gencatan senjata gagal.
Pertempuran di timur Ukraine kini me­ningkat de­ngan pihak berkuasa tempatan me­nyatakan bahawa lima askar kerajaan dan tiga orang awam terbunuh dalam beberapa per­tempuran sejak 24 jam lalu.
“Lima askar terbunuh mana­kala 29 lagi cedera dalam pertempuran,” kata jurucakap tentera, Vladyslav Seleznyov dalam satu kenyataan di Kiev.
“Tentera Ukraine menjadi sasaran bedilan meriam dan mortar sebanyak 104 kali,” tambahnya.
Dua penduduk awam, ke­dua-duanya lelaki, terbunuh apabila sebuah roket jenis Grad mengenai kampung Krimske, sekitar 40 kilometer ke barat daya kubu kuat pemisah di Lugansk.
“Seorang lelaki lain terbunuh dalam bedilan di sebuah lagi kubu kuat pem­berontak di sini,” kata pihak berkuasa bandar ini.
Dalam perkembangan ber­kaitan, pertempuran di timur Ukraine meragut 50 nyawa pada hujung minggu lalu de­ngan usaha terbaharu untuk rundingan damai gagal di Minsk pada Sabtu lepas.
Lebih 5,100 orang terbunuh dalam konflik di Ukraine sejak sembilan bulan lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3QeAqqE2O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment