Friday, May 22, 2015

Hadiah 55,000 jam

Jakarta: Panglima tentera Indonesia Jeneral Moeldoko menghadiah 55,000 jam tangan kepada askar negara itu sebagai kenang-kenangan sebelum bersara.
Moeldoko memberitahu demikian ketika berucap kepada perhimpunan tentera seluruh Lampung di Bengkulu.
Menurutnya, jam berkenaan yang ditempah khas itu bukan daripada wang kerajaan, sebaliknya daripada dirinya sendiri dan wang sumbangan daripada beberapa rakan yang ingin menghargai jasa tentera Indonesia.
“Ada rakan yang ingin memberi sumbangan kepada anggota kita. Saya terima dengan senang hati dan wujudkan sumbangan dalam bentuk ini. Cukup banyak. Semuanya berjumlah 55,000 dan ia untuk perajurit kita,” katanya.
Dia enggan memberitahu jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli jam itu tetapi berpesan kepada tentera yang menerimanya supaya tidak menjualnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 9:39 AM


MOELDOKO (kiri) memakaikan jam pada seorang anggota tentera di Bengkulu, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52438#sthash.F1R2BZMl.dpuf

No comments:

Post a Comment