Pegawai polis berkata, kejadian berlaku semasa Festival Layang-Layang Gergasi berlangsung di sebuah taman di Higashiomi, tengah Jepun.
Menurut laporan media tempatan, layang-layang berbingkai buluh berukuran 13 meter panjang dan 12 meter lebar itu diterbangkan oleh sekumpulan besar pengunjung ketika insiden berlaku.
Warga emas lelaki berusia 73 tahun yang cedera, masih tidak sedarkan diri di hospital.
Seorang lagi mangsa yang cedera adalah kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun.
Polis telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti sama ada insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian.
Pada tahun 2004, lapan orang cedera apabila sebuah layang-layang seberat satu tan terjunam dari udara merempuh orang ramai di bandar Kanagawa berhampiran Tokyo. – AFP