Wednesday, June 3, 2015

Nik Mohamad Abduh dilantik Ketua Pemuda PAS


SHAH ALAM: Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan satu lawan satu pada pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat, hari ini.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang disebut mendapat sokongan kuat daripada kumpulan pro ulama dalam parti itu, menerima 429 undi menewaskan penyandang jawatan itu Suhaizan Kaiat yang mendapat 262 undi.

Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Zulkarnain Lukman.

Seorang lagi calon yang disifatkan pro ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda parti berkenaan.


Beliau mendapat 435 undi menewaskan pencabarnya iaitu bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang mendapat 257 undi.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Khairil Nizam Khirudin pula mempertahankan jawatan Naib Ketua Pemuda selepas meraih 458 undi, menewaskan pencabarnya Nor Azman Mohamad yang memperoleh 235 undi.

Sebanyak 738 perwakilan termasuk exco Pemuda PAS memilih barisan kepimpinan baharu termasuk 12 Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2015/2017. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:25 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55477#sthash.ZI3PdNFn.dpuf

No comments:

Post a Comment