Friday, July 10, 2015

Keluarkan Khalid dari pasukan penyiasat isu 1MDB


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketelusan siasatan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang mengelirukan.
Tambah beliau, kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang diperolehi Wall Street Journal (WSJ) tidak membantu memulihkan imej negara.
"Kenyataan KPN memburukkan lagi imej negara dan menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila PDRM yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba melindungi jenayah yang dilakukan oleh pemimpin negara.
"Malah ia turut mempunyai unsur sabotaj kepada ekonomi negara ini," katanya.
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS turut berpendapat sikap KPN telah menimbulkan keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan Pasukan Khas Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan WSJ.
"Apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang dilakonkan mereka, di mana letaknya ketelusan dalam penyiasatan.
"Bagi menjamin intergriti Pasukan Khas Penyiasat serta nama baik negara, saya mendesak agar Khalid dikeluarkan dari pasukan penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai KPN," katanya lagi. -HARAKAHDAILY 9/7/2015

No comments:

Post a Comment