Monday, August 24, 2015

Mahmoud Abbas letak jawatan dalam PLO



RMAHMOUD (tengah) bersama-sama berdoa sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawantankuasa Eksekutif PLO di Ramallah, Tebing Barat kelmarin. - AGENSI


RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas meletak jawatan sebagai Presiden Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kelmarin dalam usaha untuk memaksa pemilihan baharu kepimpinan tertinggi tersebut diadakan.
Jurucakapnya, Wassel Abu Yussef berkata, lebih separuh daripada 18 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO turut meletak jawatan.
"Peletakan jawatan Mahmoud dan lebih separuh ahli jawatankuasa berkenaan telah membuka kekosongan jawatan. Sehubungan itu, Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) telah diminta untuk bermesyuarat dalam masa sebulan bagi memilih kepimpinan baharu," kata Wassel.
Beliau menambah, bagaimanapun peletakan jawatan tersebut hanya berkuatkuasa selepas pertemuan PNC, juga dikenali sebagai Parlimen Palestin.
Parlimen Palestin mempunyai seramai 740 ahli yang menetap di wilayah Palestin dan tempat-tempat lain. Parlimen berkenaan tidak bersidang selama lebih 20 tahun.
Jawatankuasa Eksekutif merupakan badan pembuat keputusan tertinggi PLO dan bertindak mewakili penduduk Palestin di seluruh dunia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3jihdaVYA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment