Saturday, August 8, 2015

Muhyiddin: Saya bukan 'yes man'



Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukanlah seorang pak turut dan beliau juga tidak akan berundur daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau juga telah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak memegang jawatan dalam lembaga 1MDB.

“Mungkin dia tidak setuju sebab dia bos... Ya bos, semuanya baik bos. Tapi saya bukan yes man (pak turut).

“Saya akan gagal dalam tanggungjawab saya sekiranya saya tidak bercakap benar,” kata Muhyiddin yang disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan semasa semasa merasmikan perhimpunan agung sayap Umno bahagian Pagoh pagi ini.

Muhyiddin juga mendedahkan bahawa beliau turut dinasihati supaya menutup mulut mengenai 1MDB selepas dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri.

“Ada orang nasihat saya, cakap baik-baik takut nanti dia nak cari sebab pecat saya sebagai timbalan presiden.

“Saya tak akan letak jawatan walaupun ada usul untuk saya letak jawatan,” tegasnya.

[Baca berita asal]
 


No comments:

Post a Comment