Friday, August 21, 2015

Syarikat RM2 urus dana RM30 bilion


BEBERAPA ADUN Selangor melahirkan kebimbangan berhubung ketelusan penubuhan DEIG semasa bersidang di bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Selasa lalu. Gambar kecil, Abdul Khalid Ibrahim.


SHAH ALAM – Pemilik asal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang mendaftar syarikat itu dengan nilai RM2 bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang bernilai RM30 bilion merupakan pegawai kanan MBI.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan, Ke­tua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman, 48, dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminuddin, 36, merupakan pemilik asal syarikat DEIG sebelum ia diserahkan kepada MBI.
Azmin mengaku kedua-dua indvidu terbabit berpe­ranan dalam saham promoter yang turut dibenarkan oleh undang-undang di negara ini.
“Proses pendaftaran DEIG itu merupakan amalan biasa dalam pembentukan syarikat. Kedua-dua individu ini adalah pemegang saham untuk membuka syarikat (DEIG),” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Selangor di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3jOteoChH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment