Friday, October 16, 2015

18 lebuh raya naik kadar tol hari ini






KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa hari ini pengguna di 18 lebuh raya sekitar Lembah Klang dan masing-masing satu di Johor serta Pulau Pinang dikenakan kadar tol baharu setelah syarikat konsesi memutuskan kenaikan bayaran tol di lebuh raya terlibat.
Kadar baharu tol yang menya­ksi­kan kenaikan sebanyak 17 hingga 80 peratus itu melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK), Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Kajang SILK, Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang (DUKE), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart), Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).
Turut mengalami kenaikan ialah Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Se­langor (Latar), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning - Shah Alam, Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Senai - Desaru di Johor dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Pulau Pinang.
Bagaimanapun Lebuh Raya Cheras - Kajang (Grand Saga) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang dilapor­kan turut menaikkan kadar tol masih belum membuat pengumuman mengenai kadar baharu tol masing-masing.
Kali terakhir kadar tol di negara ini dinaikkan adalah pada 1 Mac 2009 membabitkan Lebuh Raya Utara - Selatan, Sprint, Akleh, Besraya dan NPE manakala tiada kenaikan dikenakan oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3ohajqTVc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment