Monday, October 26, 2015

Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah


Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah

25 OKTOBER 2015
Aceh kuatkuasakan kanun jenayah syariah Mereka yang didapati bersalah boleh dirotan sebanyak 40 kali atau lebih.

BANDA ACEH - INDONESIA. Wilayah Aceh di Indonesia sudah menguatkuasakan kanun jenayah syariah yang ketat, kata pegawai pemerintah tempatan.

Ia antara lain menetapkan zina, homoseksualiti dan berkelakuan intim secara terbuka bagi pasangan yang belum bernikah sebagai kesalahan jenayah.

Aceh satu-satunya wilayah di negara itu yang melaksanakan hukum syariah.

“Golongan bukan Islam boleh memilih sama ada mahu dibicarakan di bawah hukum syariah atau di bawah kanun jenayah Indonesia,” kata ketua jabatan hukum syariah Aceh, Syahrizal Abbas.

Hukum syariah baharu itu juga menetapkan hukuman bagi kesalahan rogol dan gangguan seksual.

Aceh diberikan kuasa autonomi khas pada 2005 sebagai sebahagian daripada satu perjanjian dengan Jakarta yang bertujuan menamatkan keganasan puak pemisah yang berlarutan berdekad-dekad lamanya, dan kemudian dibenarkan menguatkuasakan undang-undang syariah.

Awal tahun ini, sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang kecil yang mewajibkan sekolah-sekolah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam kelas.

Satu lagi daerah pula mengharamkan wanita daripada membonceng motosikal dengan penunggang lelaki, lapor Reuters

No comments:

Post a Comment