Sunday, December 20, 2015

Cameron mahu askar wanita di barisan hadapan

AHAD, 20 DISEMBER 2015 @ 12:16 PM

PERDANA Menteri Britain, David Cameron. - Foto Reuters

 LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, memberitahu akhbar The Sunday Telegraph beliau mahu menyaksikan anggota tentera wanita menjalani latihan untuk berperang di barisan depan pada 2016. Cameron meminta Kementerian Pertahanan bersiap sedia meletakkan askar wanita untuk tugasan tempur menjelang akhir tahun depan, selepas Washington mengumumkan bulan ini tenteranya akan membuka semua kedudukan, termasuk peranan di barisan hadapan, kepada wanita. "Setiausaha Pertahanan, Michale Fallon, dan saya sependapat mahu melihat semua kedudukan dalam pasukan bersenjata kita dibuka kepada wanita pada 2016. "Kami sudah menarik balik beberapa sekatan dalam pasukan tentera dengan pengenalan anggota kapal selam wanita dan mereka mencapai pangkat tertinggi dalam semua perkhidmatan. Kita perlu menamatkan tugas ini tahun depan dan meletakkan wanita di barisan hadapan untuk berperang," katanya. Anggota wanita merangkumi 10 peratus daripada pasukan bersenjata Britain. Buat masa ini, anggota wanita dilarang menyertai unit perang darat yang menyaksikan tugas utama adalah mendekati dan membunuh musuh. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106748

No comments:

Post a Comment