BERLIN - JERMAN . Satu tinjauan antarabangsa mendapati Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai 'penipu terbaik' bagi tahun 2015.
Kaji selidik itu dijalankan oleh sebuah portal berpangkalan di Jerman, Alles Schall und Rauch dengan penglibatan lebih daripada 3,000 pembacanya di Jerman serta 40 negara lain di seluruh dunia.
Hasil tinjauan itu mendapati, Merkel mengungguli undian dengan menerima 39 peratus undi. Lebih 21 peratus pembaca pula memilih Obama, manakala presiden Turki menerima 18 peratus undi.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko masing-masing meraih 8 dan 7.8 peratus undi.
Keputusan itu disiarkan seminggu selepas Merkel dinobat sebagai Person of the Year oleh majalah Time atas usaha beliau memujuk negara Eropah membuka pintu sempadan kepada pelarian, serta kesungguhannya dalam membantu Greece keluar daripada kemelut ekonomi. - Sputni
k