Friday, December 18, 2015

Prof. Kristian pakai tudung diarah bercuti


AGENSI - Hawkins menyatakan dia memakai tudung sebagai simbol soladiriti dengan penganut agama Islam di AS.


CHICAGO – Seorang profesor di sebuah kolej Kristian di pinggir bandar Chicago di sini diarahkan bercuti selepas bertindak memakai tudung bagi menunjukkan soladiriti dengan penganut agama Islam.
Larycia Hawkins yang beragama Kristian dan merupakan Profesor Madya Sains Politik di Kolej Wheaton iaitu sebuah sekolah evangelikal swasta di barat Chicago, dipaksa bercuti Selasa lalu.
Sejak beberapa hari lalu, dia mula memakai tudung seperti wanita Islam bagi membalas ancaman yang timbul terhadap penganut agama Islam sejak beberapa minggu lalu.
“Dengan semangat musim Advent, tindakan saya ini timbul daripada satu keinginan untuk mengamalkan kepercayaan saya, itu sahaja,” kata Hawkins kelmarin ketika sidang akhbar di sebuah gereja di Chicago. Advent adalah merupakan musim menjelang ketibaan Krismas.
Berikutan kebimbangan keganasan makin membuak termasuk kenyataan calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menyeru agar semua orang Islam dilarang masuk ke AS menimbulkan ketakutan kepada ramai warga AS beragama Islam.
Hawkins menyatakan dia berasa amat penting untuk menunjukkan perpaduan dengan rakyat beragama Islam di negara ini.
Antara penyokong Haw­kins yang menghadiri sidang akhbar itu termasuk pelajar-pelajar Wheaton dan pe­mimpin-pemimpin Kristian yang menuntut dia dibenarkan kembali be­kerja.
Kolej itu mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa lalu menyatakan Hawkins diberikan cuti disebabkan beberapa kenyataannya di media sosial mengenai persamaan antara agama Islam dan Kristian. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ucQn3biX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment