Wednesday, January 13, 2016

Bawah AS$30 setong

New York (Amerika Syarikat): Harga minyak global jatuh buat hari ketujuh berturut-turut ke paras bawah AS$30 (RM131.50) setong pada Selasa.
Kadar ini adalah yang pertama dalam 12 tahun dan tahun ini sudah menyaksikan kejatuhan harga minyak hampir 20 peratus setong dan 70 peratus sejak pertengahan 2014.
Kelemahan ekonomi dan pasaran saham hambar pengguna nombor dua dunia, China, selain nilai dolar Amerika Syarikat tinggi yang sekaligus menyebabkan harga minyak lebih mahal dan daya tahan syarikat penggerudi syal Amerika Syarikat dikatakan antara penyebab utama penurunan ini.
Selain itu, sumber industri berkata, negara pengeluar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kedua terbesar, Iraq bakal mengadakan eksport rekod kira-kira 3.63 juta tong sehari pada Februari.
Difahamkan juga, menteri minyak Emiriah Arab Bersatu membatalkan permohonan beberapa ahli OPEC untuk mengadakan mesyuarat kecemasan bagi membincang perkara ini dengan alasan strategi pertubuhan itu membuah hasil.
OPEC turut menolak gesaan beberapa ahli untuk mengurangkan keluaran, sebaliknya memilih untuk meneruskan pengeluaran sepenuhnya bagi mempertahankan bahagian pasaran dan tidak memperkasakan harga. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 11:50 AM


PELANTAR minyak di Laut Utara Norway pada 2010. FOTO EPA/BP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106984#sthash.pc2FR7Ze.dpuf

No comments:

Post a Comment