Tuesday, November 1, 2016

Hanya empat lebuh raya berhak naik tol tahun depan


01/11/2016 3:47pm


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
"Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.
Guan Eng ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.
Guan Eng turut bertanya mengenai kos pembinaan dan kutipan tol di Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) setakat ini, serta sebab tol di lebuh raya itu tidak dimansuhkan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz4OkDn3L3I 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment