Tuesday, March 23, 2010

8 ahli Parlimen BN dipuji


KUALA LUMPUR 22 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji lapan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kesetiaan mereka kepada parti walaupun dikaitkan dengan tindakan melompat parti bagi menubuhkan kerajaan 16 September.
Katanya, beliau sendiri telah bertemu dengan sebahagian daripada mereka dan dimaklumkan yang tawaran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak secara bulat-bulat.
"Saya sungguh kagum dengan mereka ini kerana ia memberikan gambaran positif yang menunjukkan kesungguhan, keikhlasan dan kesetiaan mereka pada BN.
"Bagi saya kalau betul perkara ini akan berlaku, kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun daripada mereka ini yang pergi ke seberang sana?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini tentang lapan nama ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat parti bagi membolehkan Anwar menubuhkan kerajaan 16 September.
Hishammuddin berkata, nama-nama wakil rakyat BN itu mungkin digunakan bagi terus memperdayakan pihak pembangkang supaya terus menyokong pelan penubuhan kerajaan baru itu.

No comments:

Post a Comment