Sunday, April 11, 2010

Tanda-tanda Ayaq nak naik.....


Rakyat Malaysia antara paling banyak guna air di Asia Tenggara

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.
Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.
"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.
"Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.
Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.
Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.

No comments:

Post a Comment