Sunday, May 9, 2010

Awat tak bagi perabih dok sim pan buat apa


Kickdefella dakwa ada lagi bukti 
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2010/05/09

Pemimpin Pas sembunyi banyak rahsia isu peruntukan RM4j kepada GMC 

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella mendakwa masih banyak rahsia cuba disembunyikan pemimpin Pas yang perlu dibongkar dan didedahkan kepada umum.
Katanya, beliau pelik melihat tindakan pemimpin Pas yang marah apabila beliau mendedahkan mengenai peruntukan RM4 juta bagi tujuan gerak saraf dilakukan oleh Global Media Channel (GMC).
Syed Azidi turut menyifatkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim sebagai celupar serta cuba ‘cuci tangan’ dengan mengalih-kan kesilapan kepada pihak lain. 

“Cuma yang saya pelik bila saya dedahkan peruntukan RM4 juta pasal operasi gerak saraf, semua melompat, sedangkan saya tidak kata duit itu duit rasuah atau sebagainya. Itu yang buat saya cuak serta curiga bahawa ada yang mereka tahu tetapi orang lain tidak tahu. 

“Dua orang ini (Mohamad Zaki dan Ahmad Fadhli) celupar... sekarang mereka cuba cuci tangan dan tuding jari pada (Datuk) Husam Musa. Saya ingatkan mereka... jangan berhenti dulu, sekarang ‘menari’ tengah rancak,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. 

Akhbar semalam melaporkan Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, mengaku membayar lebih RM40,000 kepada GMC. 
Mengenai dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui kewujudan GMC dan menyifatkan Kickdefella sebagai ‘tentera upahan’, Syed Azidi berkata, tuduhan itu tidak berintegriti. 

Katanya, ada dua kemungkinan boleh dirumuskan berhubung dakwaan berkenaan, iaitu sama ada Mustafa menipu ataupun tidak mendapat maklumat lengkap dan berharap Setiausaha Agung Pas itu bersabar kerana selepas ini pendedahan mengenainya juga bakal menyusul. 

“Tok Guru (Nik Aziz) tahu mengenai GMC kerana beliau pernah datang ke GMC dan sewaktu ingin pulang, saya hantar beliau ke kereta dan beliau bertanya milik siapa GMC ini, saya cakap hak Tok Guru. 

“Malah sidang media yang besar membabitkan kerajaan Kelantan juga, GMC yang uruskan. Kepada Mustafa, saya minta beliau ambil giliran kerana selepas ini juga akan ada pendedahan mengenainya, masih banyak lagi perlu didedahkan” katanya.

No comments:

Post a Comment