Monday, May 24, 2010

Britain ditadbir menteri jutawan




GAMBAR fail menunjukkan David Cameron (dalam bulatan) bergambar bersama anggota Kabinetnya di London.


LONDON - Nilai kekayaan anggota Kabinet baru Britain melebihi £60 juta (287.9 juta) berikutan 23 daripada 29 menterinya mempunyai aset dan pelaburan bernilai melebihi £1 juta (RM4.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Kabinet baru itu dibentuk selepas Perdana Menteri, David Cameron daripada Parti Konservatif membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg bagi mentadbir Britain pada 12 Mei lalu selepas pilihan raya umum berakhir.
Dalam perikatan itu, Clegg memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut akhbar berkenaan, Cameron, 43, dan isteri- nya berasal daripada keluarga hartawan.
Selain aset mencecah £4 juta (RM19.1 juta), perdana menteri itu dan isterinya bakal mewarisi kekayaan keluarga yang dianggarkan berjumlah £30 juta (RM143.9 juta).
Clegg, 43, memiliki aset sebanyak £1.9 juta (RM9.1 juta) dan seperti Cameron, beliau berasal daripada keluarga kaya dengan bapanya memiliki kekayaan mencecah beberapa juta pound sterling.
Jawatan Canselor of Exchequer atau Menteri Kewangan dipegang oleh George Osborne yang memiliki aset £4.6 juta (£22 juta) hasil kekayaan perniagaan kertas dinding milik keluarganya.
Beberapa portfolio utama lain termasuk Ketua Dewan Pertuanan, Lord Strathclyde, Setiausaha Negara Bagi Pengangkutan, Philip Hammond dan Setiausaha Negara Untuk Kekayaan, Olimpik, Media dan Sukan, Jeremy Hunt juga mempunyai harta dan pelaburan melebihi £1 juta. - Agensi

No comments:

Post a Comment