Friday, June 11, 2010

AS beri RM1.3b kepada Gaza



WASHINGTON - Rumah Putih mengumumkan pakej bantuan AS$400 juta (RM1.3 bilion) kepada Gaza dan Tebing Barat, dalam usaha memulihkan imej Amerika Syarikat (AS) yang tercemar, kelmarin. 

Presiden AS, Barack Obama juga menggesa sekatan Israel ke atas Gaza dihadkan selepas serangan berdarah tentera rejim ke atas konvoi kemanusiaan yang mengeruhkan hubungan Israel dan sekutu kuatnya, AS dengan masyarakat antarabangsa. 

Bantuan itu meliputi pembiayaan bagi menyediakan sumber air minuman bersih, menghasilkan pekerjaan, membina sekolah dan memenuhi permintaan sektor kesihatan dan perumahan di Gaza yang selama ini ditindas rejim Yahudi. 

Obama menggelar sekatan ke atas Gaza sebagai ‘tidak dapat dipertahankan lagi’ semasa perjumpaan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di pejabatnya, di Washington. 

Menurutnya, sekatan ke atas Gaza perlu dikaji semula supaya senjata api tidak diseludup tetapi pada masa sama membenarkan makanan, bahan binaan dan barangan untuk kegunaan harian dan pembangunan ekonomi dibawa masuk ke Gaza. 

“Kunci utama semasa penilaian semula sekatan ini adalah keperluan keselamatan Israel dan keperluan hidup penduduk Gaza dipenuhi,” katanya. 

Gesaan Obama itu masih tidak memenuhi tuntutan masyarakat antarabangsa supaya sekatan tiga tahun sejak 2007 ke atas Gaza itu dihentikan serta-merta. 

AS dan Kesatuan Eroah menyenaraikan kumpulan pejuang Hamas yang menguasai Genting Gaza sebagai pertubuhan pengganas.

No comments:

Post a Comment