Tuesday, July 6, 2010

Bukan puja tapi sembah

UMNO bukan parti memuja pemimpin

JELI - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama.

"Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan ahlinya berpaling tadah kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO empat peringkat di Kompleks UMNO Bukit Nangka dekat sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli berkata, gabungan parti dalam pakatan pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP adalah rapuh dan bukan ikatan kuat.

"Tetapi oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (pilihan raya umum 2008) menyebabkan rakyat menolak UMNO atau BN.

"Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment