Sunday, July 11, 2010

Perangai jelik mandi lumpur RWMF




GELAGAT liar sekumpulan penonton asing bermandi lumpur di hadapan pentas utama RWMF 2010 di Santubong, Sarawak malam kelmarin.


TRADISI. Sikap liar segelintir penonton pada hampir setiap kali penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Sarawak berulang lagi pada edisi ke-13 acara tersebut yang bermula malam kelmarin.
Keadaan padang yang becak selepas hujan di hadapan pentas RWMF 2010 menyebabkan sekumpulan penonton asing tiba-tiba memulakan pesta mandi lumpur satu badan.
Bagaikan dirasuk, penonton lelaki dan perempuan seronok bermandi lumpur terutama sewaktu persembahan kumpulan gabungan pemuzik Colombia dan Australia, Watussi dan kumpulan Reelroad dari Rusia.
Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang penonton lain kerana gelagat mereka membaling lumpur kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan tempat tersebut.
Edisi ke-13 RWMF menampilkan 20 pemuzik antarabangsa seperti Republik Czech, Indonesia, Colombia, Australia, Kanada, Burkina Faso, Portugal, Itali, Jepun, Reunion Island,
United Kingdom, Perancis, Peru, Rusia, Iran, Bulgaria, China, India dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment