Monday, July 26, 2010

PERKASA minta KDN siasat isu C4, Kalimullah




2010/07/26

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat berhubung artikel yang ditulis Datuk Seri Kalimullah Hassan mengenai bahan letupan C4 ketika beliau menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu, Mohd Zahid Md Arip sebelum ini sudah meminta Kalimullah supaya menjelaskan mengenai artikelnya itu.Artikel mengenai bahan letupan C4 ini amat serius..., maka kita meminta KDN supaya segera menyiasat mengenai perkara ini, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian PERKASA peringkat Parlimen Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Melayu memetik temu bual Mohd Zahid bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama Sabtu lalu, yang meminta Kalimullah menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. 

Dalam temu bual berkenaan, beliau mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dengan plot itu dan turut mendakwa, Kalimullah menyiarkan artikel tidak tepat ketika menerajui NSTP mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. 

Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan. 

Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi. 
Jika Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, beliau jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang, dakwa Mohd Zahid seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu. 

No comments:

Post a Comment