Saturday, August 7, 2010

Pelakon video lucah beri pendapat


Pas membuatkan UMNO jadi konservatif

ALOR SETAR 6 Ogos – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kecenderungan Pas untuk menggunakan agama dalam meraih sokongan rakyat telah memaksa UMNO untuk menggunakan cara yang sama bagi mengukuhkan kedudukan parti itu.
Beliau berkata, disebabkan itu, UMNO telah menjadi sebuah parti konservatif kerana bersaing dengan Pas untuk mendapatkan perhatian rakyat.
“Apabila UMNO dan Pas menggunakan agama untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing kita boleh lihat ada beberapa polisi yang kurang berkesan dibuat oleh kerajaan.
“Disebabkan itu, negara ini terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana selama 10 tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan MCA Kedah di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut Soi Lek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini masih bersederhana dalam mentadbir negara ini.
“Ada negara Islam lain yang keadaannya lebih mundur dari negara ini dan pendapatan penduduknya kurang.
“Kadar pengangguran di negara tersebut juga sangat tinggi berbanding negara kita,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya menyuarakan pendangan itu kerana mahu masyarakat berfikir dan tidak semestinya dengan menggunakan isu agama, sesuatu negara itu boleh maju.
“Jangan menaruh harapan terlalu tinggi bahawa negara akan bebas daripada rasuah jika ditadbir oleh pemimpin Pas,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment