Wednesday, September 1, 2010

Malaysia belum cadang keluarkan nasihat larangan ke Indonesia: Najib



PUTRAJAYA - Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu pada minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan kerana ia merupakan satu perkara yang serius yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

"Kita ada banyak kepentingan...kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia.

"Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini selepas menerima buku mengandungi ucapan selamat Hari Kemerdekaan daripada pelajar-pelajar Sekolah Bukit Damansara, yang turut ditandaatangani oleh pelajar dari tiga sekolah di
Singapura.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

No comments:

Post a Comment