Wednesday, September 1, 2010

UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'


UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'

RANTAU PANJANG 31 Ogos - Kemelut 'perang saudara' selama dua tahun UMNO bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.
Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari UMNO bahagian itu, Ghazali Ismail.
Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.
Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata, kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.
Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.
Berikutan itu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment