Sunday, January 2, 2011

Laporan: Dera banduan 'rutin' di penjara Indon

Cyberita Online Luar Negara



JAKARTA: Pegawai polis dan pegawai penjara didakwa mendera suspek jenayah dan banduan secara rutin bagi mendapatkan pengakuan atau maklumat.
Menurut satu laporan Yayasan Bantuan Undang-Undang yang diedarkan minggu ini, tindakan mendera, menakut-nakutkan, membakar dan merogol tahanan merupakan satu perkara biasa dan mangsa penderaan jarang membuat pengaduan.Laporan itu disiapkan hasil wawancara dengan 1,154 suspek jenayah dan banduan yang ditahan di ibu kota Jakarta dan empat bandar utama lain, antara 2009 dengan 2010.Seramai 419 pegawai polis, pendakwa raya, hakim, warden penjara dan aktivis hak asasi kemanusian yang menemani suspek semasa proses undang-undang, diberikan borang soal selidik.'Kami mendapati penderaan dilakukan secara sistematik. Ia merupakan satu cara biasa bagi mendapatkan maklumat atau pengakuan,' kata jurucakap Yayasan Bantuan Undang-undang, Encik Restaria Hutabarat.Indonesia, yang mempunyai 237 juta penduduk telah memulakan proses demokrasi pada 1998.Ia antara lain telah membubarkan beberapa undang-undang yang dianggap menindas rakyatnya, menggalakkan pembebasan media dan membenarkan rakyatnya keluar mengundi.Namun, sistem undang-undang negara yang lemah, masih membelenggu negara itu.Diminta mengulas, jurucakap polis negara, Kolonel Boy Rafli Amar, berkata beliau akan mengkaji laporan itu.'Jika para pegawai didapati menganiaya orang awam, mereka harus dikenakan tindakan. Ini tidak boleh diterima,' kata beliau.Menurut para penyelidikan yayasan tersebut, apa yang menjadi masalah ialah penderaan yang dilakukan tidak dianggap satu jenayah di bawah undang-undang Indonesia.Berbeza dengan negara-negara demokratik lain, bukti yang diperolehi melalui penderaan boleh diterima di mahkamah.'Ini harus diubah,' kata Encik Hutabarat.Seorang bekas penagih dadah, Suliyanti, yang pernah ditahan selama lima tahun di penjara atas kesalahan berkaitan dadah, bersetuju dengan dapatan laporan itu.Menurut Suliyanti, 48 tahun, dia telah didera sejak ditahan sehingga dia dibebaskan pada 2007.'Saya ditendang dan dipukul, malah dibogelkan dan diraba. Saya tahu ramai lagi suspek dan banduan wanita yang telah turut dirogol,' kata beliau. -- AP.

No comments:

Post a Comment