Saturday, February 12, 2011

Busuk hati punya orang

Perkasa buat laporan polis halang Anwar ke luar negara


Arman Azha Abu Hanifah menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat empat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain di IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Mewakili Perkasa membuat laporan ialah dua Ketua Wirawatinya, Zaira Jaafar yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Raihan Sulaiman Palestine juga melakukan perkara sama di IPD Shah Alam dan IPD Putrajaya dekat sini.

Satu lagi laporan dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah di IPD Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang.

Arman Azha ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu mendakwa, Anwar dikatakan sudah merancang sesuatu tindakan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Maklumat yang diterima juga menyatakan, Anwar sepanjang perbicaraan kes mahkamah masih bebas ke luar negara kerana pihak berkuasa tidak menahan pasport miliknya dan perancangan tersusun beliau untuk mendapat simpati politik di luar negara melalui rakan-rakan rapat beliau di beberapa negara," ujarnya.

Menurut Arman Azha, maklumat itu mungkin betul kerana meskipun perbicaraan kes liwatnya akan bersambung pada Isnin depan, namun belum ada tanda-tanda Anwar memohon untuk membuat penangguhan seperti yang sering dilakukan sebelum ini dengan mewujudkan pelbagai alasan.

"Selain menghalang Anwar bebas untuk keluar masuk, laporan polis itu bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu buruk berlaku ke atasnya," kata beliau.

Arman Azha memberitahu sembilan lagi laporan polis dijangka dibuat oleh Perkasa di seluruh negara dalam masa seminggu ini.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments:

Post a Comment