Tuesday, February 15, 2011

Polis Iran tahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan



15/02/2011 11:46am

TEHRAN 15 Feb. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam.
Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke sebuah dataran di sini.
Di samping itu, berlaku juga pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan yang mengakibatkan berpuluh-puluh telah ditahan di Isfahan di tengah negara ini, kata seorang lagi saksi kepada Reuters. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments:

Post a Comment