Sunday, March 6, 2011

HIDUP SEBUMBUNG BERSAMA 39 ISTERI, 94 ANAK

Ziona Chana dengan isteri, anak, anak menantu perempuan dan cucu

Rumah Chana dengan 100 bilik yang mendominasi kampung
Bilik tidur isteri-isteri Ziona Chana

Bahan makanan untuk makan malam bagi 181 anggota keluarga

Seorang lelaki 'gagah' di India menganggap dirinya manusia paling istimewa di dunia dan cukup bertuah diberi kelebihan untuk mengetuai rumah tangga seramai 181 orang

JIKA anda hanya menatap foto keluarga besar Encik Ziona Chana tanpa membaca kisah beliau, anda mudah menyangka itulah rakan-rakan sekerja ataupun pelajar- pelajarnya.
Tetapi, usah terkejut jika diberitahu bahawa Encik Chana, 67 tahun, penduduk desa Baktawng di Mizoram, timur laut India, memiliki 39 isteri, 94 anak, 14 menantu perempuan dan 33 cucu yang tinggal di bawah satu bumbung!Keluarga seramai 181 orang yang tampak tenang dan bahagia menetap di sebuah rumah empat tingkat dengan 100 bilik asrama itu, boleh disifatkan sebagai keluarga terbesar dunia. Kebanyakan isteri Encik Chana adalah orang miskin dan anak yatim.Bagaimana segalanya termampu dilakukan Encik Chana yang juga ketua sekta Chana (kelompok dengan kepercayaan sendiri), yang membenarkan poligami?Dalam satu wawancara bersama akhbar Daily Mail, lelaki yang disifatkan kaum sejenisnya sebagai 'gagah' itu, mendedahkan setiap pengalamannya dikelilingi keluarga bahagia.'Saya anggap diri saya bertuah selaku suami kepada 39 wanita dan ketua keluarga terbesar,' katanya dengan senyuman terukir di bibir.Walaupun beban yang dipikulnya berat, tidak seorang pun daripada anggota keluarganya menerima bantuan kewangan pemerintah. Kesemua lelaki dalam keluarga ini adalah tukang kayu.Hasil pendapatan mereka mungkin tidak sebanyak mana, tetapi Encik Chana tetap menghargai kerja keras isteri, anak-anak, menantu dan cucu-cucunya.'Kami tidak mahu sebarang bantuan pemerintah. Biarlah kami menyara hidup kami sendiri, walau sesusah atau sesenang mana pun,' katanya lagi yang pernah mengahwini 10 wanita dalam tempoh masa setahun sahaja!RIUH MACAMKEM ASKARRumah Encik Chana yang dipanggil 'Chhuanthar Run' atau yang membawa maksud 'rumah generasi baru' itu letaknya di bukit-bukau desa Baktawng. Ia sering menjadi tumpuan penduduk desa itu dan sejak akhir-akhir ini pula pihak media.Apa tidaknya? Ia ibarat kediaman sebuah masyarakat kecil dengan sekolah, taman permainan, bengkel, kandang babi dan ternakan, sawah bendang dan kebun sayur-sayuran yang dapat memberi makan kepada seisi keluarga berangkai itu.Wartawan Daily Mail, bahkan, mengamati setiap sesi makan yang jelasnya tampak seperti makan besar keluarga tentera di kem askar.'Mereka beramai-ramai berhimpun di ruang makan. Si wanita sibuk menyinsing lengan dan bergotong- royong selama beberapa jam lamanya, menyiapkan makan malam untuk seisi keluarga. Setiap hari ibarat satu majlis perkahwinan,' kata si wartawan.Makan besar sudah menjadi perkara biasa di rumah Encik Chana setiap kali makan. Keluarga besar itu masak 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dikupas kulitnya sebelum direbus atau digoreng dan 100 kilogram beras bagi mengisi perut yang berkeroncong.'Pendek kata, dapur di rumah Encik Chana ni sentiasa berasap!' tambah si wartawan lagi, payah membayangkan kekecohannya jika diri beliau sendiri melalui keadaan tersebut.Ditanya mengenai pembahagian tugas di kalangan isteri-isteri dan anak-anaknya, Encik Chana berkata beliau bertuah memiliki isteri pertama yang bertindak seperti 'mandur' atau penyelia.Cik Zathiangi, 69 tahun, akan membahagi-bahagikan tugas harian kepada 38 madunya, anak-anak perempuan dan menantu perempuannya.'Setiap hari, bergunungan pakaian dilonggokkan untuk dibasuh. Kami membasuhnya dengan tangan, tanpa sebarang mesin cuci kain!' jelas Cik Zathiangi yang mengagung-agungkan suaminya.Encik Chana yang dipanggil 'Ka pa' atau 'ayah' oleh seisi keluarga itu memperisterikan Cik Zathiangi ketika usianya baru 17 tahun.Beliau juga mewarisi amanah sebagai ketua sekta Chana yang meyakini mereka akan suatu hari nanti memimpin dunia seiringan dengan Nabi Isa.Antara kepercayaan sekta ini ialah keupayaan si lelaki mengahwini seberapa banyak isteri yang beliau mahu.'Sewaktu saya kecil dahulu, saya pernah terfikir untuk tidak berumah tangga langsung. Sebabnya, saya lihat ayah saya dengan tujuh isterinya sahaja sentiasa kepenatan melayan kerenah mereka. Hidupnya susah.'Melihat beliau dikelilingi isteri-isterinya sahaja buat saya mual. Tetapi, saya kini tidak dapat melawan takdir untuk memikul tanggungjawab besar dan melindungi wanita- wanita ini,' ceritanya, terus terang.Ditanya bagaimana beliau memastikan keadilan terhadap kesemua 39 isterinya terjaga, Encik Chana tersenyum dan berkata mereka bergilir-gilir menghabiskan masa bersamanya.Seadil-adil Encik Chana, wartawan Daily Mail bagaimanapun mengesan beliau lebih suka jika bilik isteri-isteri mudanya berhampiran dengan biliknya itu.'Tentunya dia lebih suka didampingi isteri-isteri mudanya. Isteri-isteri tuanya pula tidur di tingkat lain. Kadangkala sampai tujuh hingga lapan isterinya datang mengurut Encik Chana setiap pagi,' jelas si wartawan.ISTERI MANAPALING DISENANGI?Namun, apakah perasaan si isteri kerana terpaksa berkongsi suami?Cik Ngaihzuali, 37 tahun, yang mengaku beliaulah isteri paling disenangi Encik Chana kerana kelembutannya menjelaskan:'Berbanding isteri-isteri lain, saya ada tugas khusus. Saya ditugaskan mengusap rambutnya dengan minyak setiap pagi. Dia hanya izinkan saya berbuat begitu dan bukan isteri-isteri lain. Sebab itu, saya rasa jauh lebih istimewa.'Tidakkah isteri yang lain berasa iri hati?'Jika sesebuah keluarga itu terbina atas dasar kesemua anggotanya saling hormat-menghormati dan mencintai satu sama lain secara ikhlas, sistem itu tentunya dijamin berjaya,' kata seorang lagi isteri Encik Chana, Cik Huntharn-ghaki.Dengan 39 isteri itu, apakah Encik Chana merasakan hidupnya sudah cukup bahagia dan tidak perlulah beliau mencari lagi?'Oh tidak... saya bahkan sanggup ke Amerika untuk mencari isteri lagi bagi membangun sekta saya,' jelasnya.Cyberita Online Ekstra!

No comments:

Post a Comment