Sunday, March 6, 2011

Menteri baru Jerman dikecam



BERLIN 5 Mac – Menteri dalam negeri baru Jerman, Hans Peter Friedrich berada dalam ancaman apabila mengatakan Islam bukan sebahagian daripada negara tersebut, walaupun lebih empat juta orang Islam menetap di negara itu.
Mengulas kenyataan menteri tersebut, Ketua Dewan Pusat Muslim di Jerman, Aiman Mazyek berkata, terdapat beberapa siri rujukan bersejarah yang unik untuk Islam dan dunia Islam di Eropah.
“Tiada siapa yang boleh menafikan sejarah itu. Hari ini, Islam adalah bahagian yang tidak boleh diganti di Jerman,” ujarnya.
Sementara itu, hampir semua ahli politik kanan Jerman dari semua parti besar, termasuk Parti Demokrat Bebas (FDP) mengecam Friedrich di atas kenyataannya pada Khamis lalu, hanya beberapa jam selepas menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri baru Jerman.
Kenyataan Ozsemir itu turut disokong oleh rakan partinya, Renate Kuanast yang menyatakan Islam sudah lama bertapak di Jerman.
Sementara itu, Menteri Keadilan, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger secara terbuka menyuarakan percanggahannya dengan kenyataan anti Islam Friedrich itu.
“Tentu saja Islam adalah milik Jerman,” kata Schnarrenberger yang merupakan ahli kabinet kerajaan FDP.
Komen Schnarrenberger itu juga disokong oleh jurucakap polisi domestik FDP, Hartfrid Wolff yang menegaskan bahawa umat Islam telah menjadi bahagian yang nyata di Jerman selama beberapa generasi. – BernamaUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment