Tuesday, March 15, 2011

konspirasi untuk menghukum Abu bakar Basyir

Utusan Malaysia Online - Terkini: "Abu Bakar Bashir didakwa kumpul dana berjuta-juta rupiah

15/03/2011 3:29am

JAKARTA 15 Mac – Dua orang saksi dalam kes perbicaraan pemimpin Jemaah Islamiah, Abu Bakar Bashir mendakwa mereka mempunyai bukti pemimpin itu mengumpul dana berjuta-juta rupiah daripada sumbangan penderma bagi menubuhkan satu kem latihan militan di Acheh.

Seorang daripada saksi itu Abdul Haris mendakwa, pengikut Abu Bakar telah menyumbang sebanyak 350 juta rupiah (RM124,000) selepas ketua agama radikal itu menunjukkan tapak kem latihan militan yang bakal dibina.

Kedua-dua saksi berkenaan memberi keterangan menerusi video ekoran bimbang kemungkinan Abu Bakar akan mengecam mereka ketika memberi keterangan di mahkamah.

Abdul Haris turut memberitahu mahkamah bahawa, Abu Bakar Bashir bersetuju apabila beliau (Abu Bakar) diminta untuk menjadi ketua di kem latihan militan di Acheh itu kerana beliau mampu menyatukan para militan daripada pelbagai kumpulan.

Abdul Haris dan seorang lagi saksi, Ubai termasuk 16 pengikut Bashir mendapatkan perlindungan Mahkamah Agung bagi memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes Abu Bakar yang turut dikaitkan dengan rangkaian al-Qaeda. – Reuters"

No comments:

Post a Comment