Sunday, March 27, 2011

Nato akan kuat kuasa zon larangan terbang



Pakatan tidak ambil alih sepenuhnya operasi tentera di Libya


TRIPOLI: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berkata ia akan menguatkuasakan satu zon larangan terbang ke atas Libya tetapi tidak mengambil alih sepenuhnya operasi tentera yang disokong PBB bagi melindungi orang awam daripada diserang pasukan pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi.
Pesawat-pesawat tentera gabungan itu lancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran di selatan Libya kelmarin namun gagal menghalang kereta-kereta kebal pemerintah daripada memasuki kembali Misrata di barat, yang hospital utamanya telah dikepung oleh penembak curi pemerintah.Komander-komander Barat berharap pasukan pemberontak di timur Libya boleh menggulingkan Encik Gaddafi tetapi kereta kebal yang memasuki Misrata di waktu malam menyukarkan usaha memaksa pemimpin Libya itu mengadakan gencatan senjata.Pemberontak, yang telah membentuk satu pemerintahan sendiri di kubu kuat timur mereka di Benghazi, berkata mereka perlukan lebih banyak senjata bagi menumpaskan pemerintahan Encik Gaddafi itu.Perancis, Britain dan Amerika Syarikat telah mengetuai penguatkuasaan zon larangan terbang yang dikenakan minggu lalu oleh Majlis Keselamatan PBB, yang telah membenarkan 'semua langkah perlu' untuk melindungi orang awam Libya daripada pasukan Gaddafi.Namun perselisihan pendapat mengenai resolusi PBB itu telah mencetuskan perdebatan dalam Nato berhari-hari mengenai peranannya dalam operasi itu.Turkey mahu menggunakan veto Nato-nya mengehadkan operasi tentera ke atas prasarana Libya dan mengelakkan kematian orang awam Islam jika ada serangan udara.Perancis menggesa supaya struktur perintah Nato mengendalikan operasi tentera dan membiarkan kawalan politik di tangan satu kumpulan ad hoc daripada ahli gabungan termasuk Liga Arab.Perancis percaya kawalan penuh Nato boleh menghakis sokongan Arab kerana Amerika kurang disenangi dalam Dunia Arab.Selepas empat hari berdebat, duta-duta di Brussels mencapai semacam persetujuan.Para pegawai Nato berkata satu keputusan mungkin dicapai esok sama ada satu mandat akan diperluas bagi membolehkan badan itu mengambil kuasa penuh ke atas semua operasi tentera dan menyerang sasaran darat di Libya.Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa tidak ada bukti Tripoli menuruti resolusi PBB itu.Utusan khas beliau ke Libya telah mengingatkan pemerintah Encik Gaddafi akan 'langkah tambahan' mungkin diambil jika Libya gagal menuruti arahan gencatan senjata itu.Pemerintah Libya menafikan tenteranya melancarkan serangan ofensif dan berkata askarnya hanya mempertahankan diri apabila diserang.Televisyen negara berkata pesawat Barat telah menyerang kawasan tentera dan awam di Tripoli enam malam berturut-turut kelmarin.Menurut Libya, angka orang awam yang maut dalam lima hari serangan gabungan itu hampir 100 orang. Negara itu juga menuduh Barat memihak kepada pemberontak.Namun angka itu tidak dapat disahkan. -- Reuters.

No comments:

Post a Comment