Tuesday, April 12, 2011

Gaddafi terima pelan damai AU

USAHA DAMAI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dikerumuni media di Bab al-Aziziyah, di Tripoli, selepas satu mesyuarat dengan delegasi lima pemimpin Afrika, kelmarin. -- Foto REUTERS


Kesatuan Afrika gesa Nato henti serangan
TRIPOLI (Libya): Rejim Encik Muammar Gaddafi di Libya telah menerima satu rancangan damai Kesatuan Afrika (AU) yang dibentuk bagi menyelesaikan konflik, kata Presiden Afrika Selatan, Encik Jacob Zuma, dari Tripoli kelmarin, sedang serangan udara memusnahkan 26 kereta kebal penyokong rejim.
Satu delegasi AU tiba di Libya sebelum itu bagi menjadi orang tengah dalam kedamaian sementara antara Encik Gaddafi dengan pemberontak yang mahu menyingkirkannya, sedang pesawat-pesawat perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) terus menyerang pasukan rejim di bandar pelabuhan Misrata dan Ajdabiya di timur.Delegasi Encik Gaddafi itu telah menerima usul AU itu, tambah Encik Zuma, yang bersiap meninggalkan Libya Ahad lalu walaupun ahli-ahli delegasi lain AU itu akan berada di Tripoli semalaman sebelum ke Benghazi, 1,000 kilometer ke timur Tripoli.'Kami juga dalam kenyataan ini menyeru Nato agar menghentikan serangan-serangan bom bagi memberi peluang kepada gencatan senjata,' tegas Encik Zuma.Sejauh ini, para pemimpin pemberontakan itu telah menolak sebarang gencatan senjata yang akan membolehkan Encik Gaddafi atau anak-anak lelakinya terus berkuasa.Selain Encik Zuma, delegasi AU itu juga merangkumi tiga lagi pemimpin Afrika: Encik Amadou Toumani Toure dari Mali, Encik Mohamed Ould Abdel Aziz dari Mauritania, dan Encik Denis Sassou Nguesso dari Congo.Pengantara Afrika itu disambut di Tripoli oleh penyokong Encik Gaddafi yang memegang gambar pemimpin itu serta mengibarkan bendera hijau rejimnya.Mereka menyertai pemimpin Libya itu untuk mengambil gambar di luar sebuah khemah Badwi di halamannya di Bab al-Aziziya, sebelum dibawa menemui penyokongnya dan pergi ke satu destinasi yang tidak didedahkan.Sebelum itu, para pengantara AU telah mengulangi rayuan mereka supaya 'ditamatkan segera semua permusuhan' dan mencadangkan satu tempoh peralihan bagi melaksanakan pembaharuan.Bekas perdana menteri Britain, Encik Tony Blair, Ahad lalu memberitahu CNN bahawa Encik Gaddafi tidak harus dipandang rendah.'Apa pun yang dikatakan orang mengenainya, beliau telah berkuasa di situ lebih 40 tahun,' kata Encik Blair.Sementara itu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak mati dan ramai cedera dalam serangan-serangan di Misrata dalam tiga minggu kebelakangan.Menurut Unicef, kanak-kanak berusia sekecil 9 bulan antara yang terbunuh itu. Kebanyakan mangsa lain berusia kurang 10 tahun.Unicef juga semalam berkata berpuluh ribu kanak-kanak menghadapi risiko kesihatan kerana kekurangan makanan dan air bersih. -- AFP, AP.
cyberita

No comments:

Post a Comment