Tuesday, April 5, 2011

Nursuhaila diperintah fail jawapan kembali taat


SAAT bahagia Jimmy dan Nursuhaila.


SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengarahkan isteri pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy untuk memfailkan jawapan mengenai tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya Januari lalu bagi memastikan perjalanan kes itu lancar.
Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menangguhkan kes itu pada 23 Mei depan selepas peguam Nursuhaila, Saadiah Din memaklumkan bahawa anak guamnya belum lagi menerima notis bagi tuntutan kembali taat manakala tuntutan nusyuz baru diterima semalam.
Terdahulu, peguam syarie Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy pula mempertikaikan tindakan pihak Nursuhaila yang tidak mengemukakan sebarang jawapan pembelaan dalam enam hingga tujuh perenggan berhubung tuntutan tersebut selepas kes difailkan.
Semalam, Jimmy, 31, dan Suhaila, 25, masing-masing ditemani peguam dilihat hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding kes pembelaan berhubung dua permohonan kembali taat dan nusyuz yang dibuat Jimmy pada 3 dan 27 Januari lalu.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment